Thursday, August 25, 2016

LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W



LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W

 Oleh:
Mimi NorSyahudda bt setapani

Tarikh : 12 Rabiul Awal 1436 H bersamaan 03 Januari 2015 M
Tempat : Dewan Utama SMKA Tun Juhar
Perkara : Majlis sambutan Maulidurrasul
Peserta : Pelajar smka

 Syukur alhamdulillah dengan izin dan limpah kurniaNya, majlis sambutan Maulidur Rasul S.A.W peringkat sekolah telah selamat dijalankan. Program ini melibatkan pelajar lelaki dan perempuan sekolah serta guru-guru. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk :
1) Membangkitkan semangat cintakan Rasulullah s.a.w. dalam kalangan staf dan pelajar supaya mengenal tanggungjawab sebagai umat Muhammad s.a.w. dan hamba Allah.
2) Membentuk insan yang mempunyai sahsiah yang seimbang dan bersepadu dalam segenap aspek.
3) Melahirkan generasi yang cintakan sunnah Rasulullah s.a.w.
Sambutan Maulidur Rasul tahun 1436H bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara. Perarakan Maulidur Rasul bermula dari perkarangan sekolah ke dewan utama sekolah. Semua warga SMKA berjaya menunjukkan semangat ukhuwwah dan dapat bekerjasama antara satu sama lain walaupun daripada Ilatar belakang yang berbeza


  LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH
 
TARIKH : 27 REJAB 1436 H (JUMAAT).
MASA : 9.00 hingga 11.30 pagi
TEMPAT : DEWAN SMKA TUN JUHAR

LATAR BELAKANG
Program sambutan Israk Mikraj adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan An Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara.
Melalui program ini murid dapat mengambil pengajaran daripada Peristiwa Israk dan Mikraj, yang mana peristiwa ini berlaku terhadap Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dan menjadikan Rasulullah sebagai model dan rujukan utama untuk dicontohi sifat ketabahan dari segi menangani krisis dan cabaran dalam menyampaikan risalah Islam. Diharapkan agar program ini akan menjadi acara tahunan sekolah dan dapat ditambah baik pada tahun- tahun yang akan datang.

OBJEKTIF

·         Menghayati sifat-sifat ketabahan dalam diri Nabi Muhammad dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.  
·         Memberi ikhtibar dan pengajaran daripada peristiwa israk dan mikraj
·         Memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingati Rasul (s.a.w) pada hati semua murid.
·         Memberi pendedahan sirah, mukjizat dan perjuangan Nabi Muhammad dalam memperkembangkan agama Islam.
·         Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan

RINGKASAN MAJLIS
Majlis dimulakan dengan perhimpunan di dewan perhimpunan sekolah. Pengetua sekolah  telah memberikan taklimat ringkas dan seterusnya merasmikan majlis sambutan Israk Mikraj 2014 peringkat sekolah. Seterusnya majlis sambutan Israk Mikraj diteruskan dengan acara kemuncak iaitu majlis ceramah Israk Mikraj. Sesi ini telah dikendalikan oleh ustaz jemputan yang pernah belajar di mesir. Sesi ceramah ini telah dapat menarik minat para pelajar dan menjawab segala persoalan yang timbul dikalangan mereka berkaitan peristiwa bersejarah ini. Sesi ceramah tersebut telah diakhiri dengan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad.Majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.

PENUTUP
 Program ini diharap mampu menjana murid-murid ke arah pembagunan modal insan sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia serta untuk membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program ini juga diharap dapat dijalankan secara konsisten pada tahun - tahun yang akan datang.





MAJLIS ISTIQBAL RAMADAN

TARIKH : 29 SYAABAN  1436 H (JUMAAT).
MASA : 9.00 hingga 11.30 pagi
TEMPAT : DEWAN SMKA TUN JUHAR

LATAR BELAKANG
Program sambutan Israk Mikraj adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan An Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara.

Program ini juga adalah untuk melahirkan insan yang mencintai dasar-dasar islam serta mempraktikkan ajaran dan tuntutan islam dalam kehidupan seorang muslim.disamping itu juga program ini akan menzahirkan rasa cinta dan semangat yang ada dalam kalangan pelajar bagi menyambut kedatangan bulan yang mulia dan penuh barakah

OBJEKTIF
·         Melazimi ibadat fardu dalam kehidupan
·         Menzahirkan rasa cintakan islam memalui perbuatan
·         Menzahirkan semangat dan kerinduan untuk menyambut bulann ramadan
·         Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan


RINGKASAN MAJLIS
aktiviti bermula apabila semua kelas telah di agihkan kain rentang untuk menulis apa-apa sahaja yang menggambarkan perasaan mereka terhadap bulan ramadan. kain rentang yang penuh dengan mesej dan kata-kata dari pelajar akan digantung pada setiap kelas apabila waktu cuti persekolahan tamat. Majlis ini diteruskan dengan perasmian sambutan istiqbal ramadan oleh YDP PIBG sekolah.majlis ini dihadiri oleh semua warga sekolah.

PENUTUP

Program ini diharap mampu menjana murid-murid ke arah pembagunan modal insan sejajar dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia serta untuk membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh berdasarkan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Program ini juga diharap dapat dijalankan secara konsisten pada tahun - tahun yang akan datang.

Share:

Sample Text

Copyright © Laman Rasmi SM Sung Siew | Powered by Blogger Design by ronangelo | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com